Kehidupan awal Hajiji Noor

Hajiji dilahirkan di Kampung Serusup, Tuaran, Sabah pada 10 Mei 1955, anak kedua daripada tiga orang adik beradik kepada pasangan Haji Mohd Noor Harun dan Hajah Teruyah Omar. Ayah beliau merupakan seorang petani dan nelayan bermusim. Mendapat pendidikan awal di SRK Serusup dari 1961-1966 dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tuaran dari 1967-1971 dan mendapat agregat 15 di dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Selepas itu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran dari 1972 hingga 1973. Beliau juga telah lulus Malaysia Certificate of Education (MCE) dan mendapat keputusan antara yang terbaik untuk daerah Tuaran.

Berkaitan